pusaran,

tajuk post mengingatkan korang kat bahasa melayu tak? cuba ingat betul-betul, apa kaitan pusaran dengan bahasa melayu? komsas tingkatan dua kalau tak silap. ke silap? ade satu cerpen tajuk pusaran. kisah kambing yang unik. tapi betul ke benda tu wujud? mungkin betul mungkin tak. satu nyawa bersangkut-paut dengan satu nyawa yang lain. dah macam cerita "The Golden Compass" dah aku rasa. dalam cerita ni, setiap manusia ada haiwan sendiri dan nyawa diorang saling berkait antara satu sama lain. kalau manusia mati, haiwan diorang pon akan mati. macam tu jugak sebaliknya. walaupun macam mustahil, tapi ia satu benda yang menarik untuk didalami.

benda ni tiba-tiba terlintas kat fikiran bila tengok adik aku dok pegang pintu sangkar arnab dia bila pak cik cuba usik nak ambil arnab tu. dia duduk depan pintu sambil pegang pintu tu. dia sayang sangat kat arnab tu. ada tak kemungkinan dia jadi macam cerita komsas tu. kalau jadi macam tu, tak tau tu kelebihan ke kekurangan. harap-harap benda baik je lah kan. post pendek sahaja kali ini.


notakaki : terima seadanya..=)

disini bermula,

dah hampir dua minggu aku buat treatment. macam-macam yang jadi. ada yang baik, ada juga yan tak baik. semua tu lumrah berubat lah kan. kau buat ape pon ada positif negatif dia kan. harap-harap lagi dua minggu, aku dapat keputusan yang boleh betul-betul buat aku tersenyum lebar. apa pun, sekarang aku tak putus asa lagi. mungkin kalau sorang-sorang, dah lama aku give up. tapi ada rahmat dari-Nya. dan aku bersyukur sangat. banyak kisah dah ragam yang dah aku lalui sebelum aku mula treatment. tapi yang best dan yang paling diingati semestinya hari pertama treatment.

pagi-pagi lagi dah gerak pergi hospital. ingatkan pergi pukul lapan tu dah awal, dah boleh dapat parking dengan mudah. tapi sampai hospital pukul sembilan pon aku pusing tiga kali hospital tu. ingat nie acara empat kali empat ratus ke ape nak aku pusing banyak-banyak kali. last-last parking je lah tempat lain. pedulilah jauh sikit dari hospital pon. janji dapat parking, tak kena saman. leceh la kene saman-saman ni. nak cari tempat nak bayar lagi. kang kalau lambat bayar, kena denda lagi, saman + denda = pokai la jawabnya. kalau    parent aku yang tukang cop duit takpe lah jugak. boleh aku tarik dua tiga keping ( merapu je keje ).

masuk kat tempat menunggu sebab orang yang nak jumpa tu ade kat bahagian lain. masuk-masuk, fulamak, ramai betul orang. lagi ramai la kalau nak banding dengan orang-orang dalam kelas tutorial. kalau dah full tu, sah-sah lah memang takde kerusi kosong. terpaksa la terpacak je kat tepi pintu masuk tu. kang kalau berdiri depan kaunter kang kena maki pulak. niat nak online, tapi apakan daya, wi-fi ada kata laluan. nampak macam cikai je, tapi ada kata laluan wooo. so, kite jadi pemerhati la keadaan dalam tu. tengak syok-syok perhati, ternampak satu benda yang best. kerusi hujung yang diduduki oleh seorang perempuan yang aku agak belasan tahun. jangan buat andaian tak tentu pasal. aku bukan usya budak perempuan tu ok.

sebenarnya, dia kan duduk kerusi hujung, kat sebelah dia tu sorang warga tua yang berdiri dan berpegang kat kerusi. biasalah kan, tak boleh nak berdiri lama-lama. boleh budak tu buat tak tahu je. sebelah makcik tadi tu pulak, ade lagi beberapa orang makcik dan pakcik. ikut hati, nak je sound dari tempat aku terpacak tu. tapi taknak la buat macam tu. kang tak pasal-pasal jadi tumpuan pulak. tak faham betul dengan orang macam tu. kita ni kuat lagi, boleh berjalan berlari dengan sempurna lagi. percaya lah, nanti dua empat puluh lima puluh tahun lagi, kau akan rasa benda yang sama. masa tu lah kau akan terasa apa yang kau pernah buat. bak kata pepata, " yang muda dihormati, yang tua disayangi".

p/s : cepat sembuh. jangan takut sangat kat darah tu. =)